Sunday, April 15, 2007

PANDUAN RINGKAS MEMBERI CERAMAH


Tepat jam 6.45 pagi hari ini, saya turun dari rumah dan mengharungi kesesakan lalu lintas untuk ke Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 bagi menyampaikan ceramah Birthday Pemimpin Agung; Muhammad SAW pada jam 8 pagi.


Tamat selesai di sana, saya bergegas ke Sekolah Rendah Agama al-Ummah juga bagi menyampaikan ceramah di atas tajuk yang sama.

Tamat jam 11.45 pagi, saya berehat sekejap dalam kereta sambil membuat draf buku ke-7 saya untuk 2007 dan membuat sedikit rangka persiapan untuk ceramah seterusnya di SMK Sg. Kertas selepas solat Jumaat. Ceramah di sana bermula jam 3 hingga 4.30 petang.

Wow... sungguh penat menggunakan suara dan memerah otak hari ini. Walaupun saya penat, saya gembira dan seronok. Seronok kerana dapat berkongsi secebis ilmu dan dikaitkan antara sirah kelahiran nabi dengan realiti kehidupan kanak-kanak dan remaja, seronok kerana dapat melihat wajah-wajah ceria pencorak dan pendokong masa depan ummah, seronok kerana saya bertekad untuk terus memberi dan memberi... Saya teringat kata-kata sahabat saya, Ust. Abdul Razak yang membuatkan saya tidak merasa rugi jika saya terus memberi dan membantu orang lain;

"Di tengah kesibukan membantu adik-adik di sekolah-sekolah memang menyebabkan kita terlalu sibuk sehingga kurang masa untuk adik sendiri. Tetapi ana (saya) percaya, Allah akan membalas dengan cara orang lain juga akan membantu adik-adik ana (saya) sepertimana ana membantu adik-adik sekolah selama ini."



Wajah adik-adik kecil SRA al-Ummah. Cute bukan?

Adik-adik SK Jalan Pasar... mereka perlu dibentuk dan dididik agar bersedia menghadapi cabaran dunia dan berupaya menjadi pencetus kepda gelombang perubahan.

Sepanjang ceramah-ceramah yang saya sampaikan, saya menggunakan beberapa teknik untuk menarik perhatian semua audience di kalangan adik-adik iaitu;

1. Imej dan penampilan;
Saya memakai baju Melayu (warna cerah; kuning) tetapi tidak berkopiah, berkasut hitam sentiasa murah dengan senyum.

2. Fakta ringan dan memudahkan
Saya tidak menggunakan fakta-fakta berat dalam menceritakan kisah kelahiran nabi. Malah fakta-fakta yang saya kemukakan dipermudahkan melalui bahasa mudah dan contoh yang dekat dengan kehidupan harian audiens (i.e; kartun, watak superhero)

3. Keistimewaan tambahan
Saya selitkan dengan nyanyian (nasyid dan bukan nasyid) dan cerita-cerita lawak tepi untuk memberi nilai tambah kepada ceramah saya.

4. Intonasi dan nada suara
Ceramah terhadap lebih 200 crowd memerlukan stamina yang konsisten kerana kerap menggunakan nada dan intonasi tinggi. Ia penting agar suara saya tidak tenggelam memandangkan saya berceramah di dewan terbuka.

5. Kesimpulan dan Penutup Bermakna
Di akhir ceramah, saya sempat memberi 5 kesimpulan mudah sebagai tindakan susulan untuk para pendengar. Kesimpulan yang dilakukan secara emosi semangat dan sedih berupa kaitan dengan rutin harian adik-adik agar ceramah yang disampaikan akan lebih efektif kerana berkait dengan realiti hidup adik-adik secara langsung.


Salah satu babak dalam rancangan khas sempena Hari Keputraan Sultan Kelantan pada 3 April 2007 lalu. (Sekadar gambar hiasan)